Tuesday, September 16, 2008

REZEKI MELIMPAH RUAH DI PUTRAJAYA

Insya Allah tidak lama lagi kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Maknanya selesailah ibadah puasa yang telah difardhukan di bulan Ramadhan yang mulia. Aku rasa bulan puasa ni agak sibuk kerana menjual biskut raya. Alhamdulillah sambutannya amatlah menggalakkan. Tapi raya kali ini agak kurang berbelanja utk aku sbb budget kurang krn x de masih x keje lagi.

Dalam kesibukan mencari duit raya di bulan Ramadhan ni, alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana aku telah ditawarkan sebagai Eksekutif Penyelidik S41 di salah sebuah institut di bawah Kementerian Belia dan Sukan. Dengan gaji & elaun yang berbaloi, aku rasa keje kat sini happy sgt sbb staf nya ngam. Dari CEO sampai ler ke kerani. Macam x de jurang langsung antara satu sama lain. Aku masuk 2 hari jer macam2 benda aku kongsi dgn diorang.
Tapi aku agak sedih, bila mula jer keje pada hari pertama. Aku dimaklumkan bahawa keputusan temuduga Pegawai Syariah LS41 telah dikeluarkan dan aku berjaya dalam temuduga tersebut. Nak kata x happy, happy ler jugak.. impian aku dari kecil & harapan keluarga.. tapi aku baru rs seronok keje sini. Cara keje kat sini kena dengan jiwa aku iaitu membuat penyelidikan dan sering buat keje lapangan. Senior yang kat sini kata diorang dah puas berjalan.. kdg2 smpi sebulan x masuk opis sbb buat penyelidikan lapangan.
Dalam aku memilih salah satu, aku rs aku kena pilih Pegawai Syariah tersebut sbb aku yakin ada hikmahnya aku ditimpa ujian memilih macam ni... sebabnya takkan aku nk lepaskan impian kerjaya aku ini semata2 aku rasakan keseronokan di tempat lain.

No comments:

MY FAMILI

MY FAMILI
Hari Raya Pertama 2006

AHLAN WASAHLAN DAN SELAMAT DATANG

Terima kasih kepada anda yang sudi melawat blog Muhd Jimmy. Di sini anda boleh mengetahui perkembangan semasa saya sama ada berkenaan karier atau kehidupan. Adapun setiap rentetan kehidupan banyak asam garamnya. Sebuah kehidupan adalah ibarat sejenis masakan yang perlu dibubuh gula manis, garam untuk masin, cuka untuk masam dan sebagainya. Lengkapnya perasa-perasa begitu akan melazatkan sejenis masakan. Oleh itu, saya amat menghargai kehadiran anda ke blog saya. Yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sebagai sempadan. Semoga silaturrahim dan ukhuwah antara kita akan sentiasa dirahmati dan diredhaiNya. Amin.