Saturday, March 3, 2007

MESRA SOKMO CHIT-CHAT AZWAN ALI TERENGGANU


23 Februari 2007, aku dengan bos² aku pegi ke Kuala Terengganu (KT) untuk merealisasikan jemputan Kerajaan Negeri Terengganu melalui Azwan Ali yang nk bos² aku adalah antara artis yang terlibat dalam Mesra Sokmo Chit-CHat Azwan Ali Ke-7 yang ditaja sepenuhnya oleh kerajaan negeri tersebut.

Kalau ikutkan penganjur dah siapkan bas tapi kitaorang kena naik transport sendiri sbb selepas majlis kat Terengganu kami kena bertolak ke JB lak untuk Malam Amal Kasih Artis-Artis Johor anjuran Majlis Bandaraya Johor Bahru. Sampai² kat KT, penganjur minta kami stay kat A&W Pantai Batu Burok sebagai lokasi pertama sebelum acara sambutan kerajaan negeri. Bila rombongan bas dah sampai, penganjur terus buat rakaman untuk sesi ketibaan artis² di KT. X kurang hebat gak aturcara yang dibuat sampai polis trafik escort ke mana sahaja rombongan pegi.

Kemudian kami dibawa ke Dataran Syahbandar untuk acara sambutan dan kemudiannya ke Kelab Teluk Warisan Terengganu di Pulau Duyong untuk majlis santapan malam bersama Exco Pelancongan Negeri Terengganu. Tempatnya not bad, rupanya tempat
tu juga adalah lokasi utk sukan Monsun Cup yang diadakan setiap tahun di negeri Terengganu. Lepas makan, kami balik ke tempat penginapan kami di Primula Beach Resort.

Esoknya selepas sarapan kami dibawa ke melawat ke tempat² menarik di sekitar KT seperti tempat buat keropok di Losong, Muzium Negeri, Pusat Ekustrian dan mcm² lagi. Tengaharinya pulak lunch bersama anak-anak yatim KT di A&W Pantai Batu Burok. Ramai peminat yang menunggu di luar restoran tersebut untuk bertemu & bergambar dgn kami, letih gak ler nk control. Petang tu gak kami ke Dataran Syahbandar lagi utk soundcheck show & terus balik ke bilik untuk rehat dan membuat persiapan show malam tu.

Se
belum show kami dibawa makan di sebuah restoran di Pantai Batu Buruk dan seterusnya ke lokasi persembahan di Pantai Batu Buruk gak. Kat sana aku tgk penonton punyalah ramai yg nk tgk konsert terbuka tersebut sampai penonton x bole dikawal dan duduk belakang pentas. Lepas konsert tu, ada peminat² bos aku jemput ke rumah dia sbb dia nk belanja makan BBQ. Ok gak lokasi umah dia sbb kami makan kat tepi pantai di Marang.

Pada keesokan harinya adalah acara sukaneka bersama penduduk tempatan. Walaupun x ramai artis join tapi bos² aku tetap sporting join sampai semua sekali berpartisipasi dengan semua bahagian acara yang dibuat. Pada petangnya lak kami buat soundcheck lak kat Kelab Teluk Warisan untuk persembahan Malam Gala yang akan diadakan pada malamnya. Lepas soundcheck tu sepatutnya kami ke swimming pool berhampiran utk sesi fotografi majalah Hai tapi pihak pengurusan kelab tersebut tawarkan bos² aku naik bot yang digunakan untuk Monsun Cup. Alhamdulillah aku pun dapat naik walaupun pada awalnya wakil kelab kata hanya untuk artis sahaja. Antara artis yang turut serta pada masa tu ialah Diana Naim (ex-gf Mawi).

Malam Gala diadakan dengan penuh meriah, di samping mendapat sambutan yang menggalakan bos² aku gak dapat anugerah pada malam tu sebagai Artis Paling Sporting dan Artis Persembahan Terbaik.

Esoknya kami bertolak ke JB pada pukul 9 am untuk Malam Amal Kasih Artis-Artis Johor sebagai alternatif membantu mangsa-mangsa banjir di Johor.

No comments:

MY FAMILI

MY FAMILI
Hari Raya Pertama 2006

AHLAN WASAHLAN DAN SELAMAT DATANG

Terima kasih kepada anda yang sudi melawat blog Muhd Jimmy. Di sini anda boleh mengetahui perkembangan semasa saya sama ada berkenaan karier atau kehidupan. Adapun setiap rentetan kehidupan banyak asam garamnya. Sebuah kehidupan adalah ibarat sejenis masakan yang perlu dibubuh gula manis, garam untuk masin, cuka untuk masam dan sebagainya. Lengkapnya perasa-perasa begitu akan melazatkan sejenis masakan. Oleh itu, saya amat menghargai kehadiran anda ke blog saya. Yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sebagai sempadan. Semoga silaturrahim dan ukhuwah antara kita akan sentiasa dirahmati dan diredhaiNya. Amin.