Thursday, March 8, 2007

PENYAMPAIAN HADIAH ANUGERAH BINTANG POPULAR BERITA HARIAN


7 Mac 2007 - Hari ni aku dengan bos² aku pergi ke Palace of The Golden Horses di Seri Kembangan untuk hadir ke Majlis Penyampaian Hadiah Pemenang Anugerah Bintang Popular Berita Harian yang berlangsung di Genting Highlands baru-baru ini. Tema warna pakaian yang diarahkan ialah merah dan putih.

So sesampainya kami di Palace acara x mula lagi, rupanya kami sampai awal sangat tapi x ler lama sangat, adalah dalam setengah jam terpaksa tunggu. Tapi ok gak tunggu tu, sebab sorang² rakan² artis datang yang dapat kami bersembang antaranya Mak Nani (Datin Rosnani), Kak Rozie (PA Datuk CT Nurhaliza) serta Mawi.

Setelah tiba masanya, kami adalah merupakan rombongan pertama menaiki Naza Ria pergi ke port menaiki Teksi Air yang ditaja oleh The Mines. Excited gak kitorang sbb mcm aku ni walaupun dah 7 tahun bermastautin di Seri Kembangan ni, aku x pernah pun naik teksi ni.. hehehe... Sesampainya di sana kami waktu Asar pun dah masuk, so kitaorang solat dulu. Habis solat je, terus menuju ke posrt teksi. Artis lain yang turut bersama kami naik teksi ni ialah Datuk CT & Kak Rozie, Fasha Sanda & his PA, Linda Onn & Fahrin Ahmad dan Faizal AF4.

Kami menaiki teksi tersebut untuk menuju ke port teksi yang berhampiran Palace. Sampai je kat sana, rupa-rupanya majlis tersebut dibuat di ruang legar tengah² Palace tersebut, cantik giler siul tempatnya... kalau bersanding kat situ memang mcm Garden Wedding.

Sampai-sampai kat red carpet, artis2 dipakaikan bunga di lengan. Dan jurugambar memulakan tugas masing² dengan menangkap gambar artis². Setelah jalan di red carpet, artis² mula mengambil tempat duduk masing².

Majlis dimulakan oleh pengacara dari radio Era.fm iaitu Zizie & Reza. Acara² yang diadakan adalah antaranya penyampaian hadiah kepada pembaca Berita Harian yang bertuah & artis dan persembahan nyanyian oleh Datuk CT, Mawi dan Saiful Apek. Aku amat terhibur dengan persembahan Saiful Apek sebab dia bawa lagu Medley Lagu Popular yang pernah dia bawa masa Anugerah Planet Muzik di Singapore dulu. Masa dia nk nyanyi, dia juga ajak Aznil & Faizal AF4 untuk nyanyi sama. So funny... mmg x kering gusi dibuatnya.

Akhir sekali, acara selesai dengan menikmati juadah hi-tea yang disediakan oleh pihak hotel. Masa makan tu ada ler jumpa press dan diorang cuba nk tanya citer² 'panas' yang ada utk diorang buat story... aku cuba mengelak gak, klu x kang kantoi nama² bos aku. Tapi diorang ok jer... friendly sgt dgn bos² aku dan aku.

Apa² tahniah kepada pemenang² dari kalangan pembaca Berita Harian & artis². Teruskan perjuangan anda sebagai seorang yang popular dan berikan role model yang terbaik utk masyarakat.

No comments:

MY FAMILI

MY FAMILI
Hari Raya Pertama 2006

AHLAN WASAHLAN DAN SELAMAT DATANG

Terima kasih kepada anda yang sudi melawat blog Muhd Jimmy. Di sini anda boleh mengetahui perkembangan semasa saya sama ada berkenaan karier atau kehidupan. Adapun setiap rentetan kehidupan banyak asam garamnya. Sebuah kehidupan adalah ibarat sejenis masakan yang perlu dibubuh gula manis, garam untuk masin, cuka untuk masam dan sebagainya. Lengkapnya perasa-perasa begitu akan melazatkan sejenis masakan. Oleh itu, saya amat menghargai kehadiran anda ke blog saya. Yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sebagai sempadan. Semoga silaturrahim dan ukhuwah antara kita akan sentiasa dirahmati dan diredhaiNya. Amin.