Sunday, April 15, 2007

DIARI AKADEMI FANTASIA 5

Hari tu ada ler hr tu kawan aku dari Astro call kata nak bos aku bagi tazkirah kat student AF5 kat asramanya. So aku pun cuba usahakan dgn tanya pada bos aku. Bila check2, rupanya bos aku ada show malam tu. X dapek den nk tolong usahakan bos aku. Tapi kawan aku tu minta aku usahakan cari orang lain utk bagi tazkirah kat student2 AF5 ni sempena Maulidur Rasul. Aku cadangkan beberapa ustaz yang aku kenal, akhirnya Nazrey Ex-Raihan yang jadi pilihan.

Bila dah contact, tibalah masanya. Sampai2 jer kitorang diberi taklimat oleh kwn aku tu. Rupanya kawan aku tu antara penerbit kat Diari AF. Kami naik sebelum Maghrib krn Nazrey akan mengimamkan solat Maghrib. Antara yang turut serta ialah Prof. Izi yg biasa bg tazkirah kat Radio Hot.fm, pastu Dr. Najmi dan mcm biasa ler, Abg Hasrol warden AF5.

Naik2 jer student2 ni sambutlah kitaorang. Diorang agak happy skit sbb minggu tu diorang ada bawa lagu Sesungguhnya ciptaan Nazrey sendiri, mgkn diorang nak tips2 utk bawakan lagu tu. Sebelum nk solat, Mawi lak sampai. Student2 ni terkejut ler.. rupa2 nya diorang x pernah jumpa Mawi. Aku dah tau awal2 dah yang Mawi ada mlm tu. Bila dah solat, kami bermarhaban yang diketuai oleh Prof Izi. Pastu makan ramai2. Masa makan tu aku sempat sembang2 dgn Ebi & Farha. Actually Ebi is the good person sbb bila aku bagi tau dia yg mak aku support dia, dia minta aku sampaikan salam pada mak aku. I'm approach it.

Lepas makan2, Adnan Abu Hasan lak smpi. Dia agak peramah bertegur sapa walaupun dgn tetamu mcm aku ni. Setelah tu kami solat Isyak berjemaah & kami teruskan acara dengan persembahan lagu Sesungguhnya oleh Nazrey & Mawi. Susah gak Nazrey nak bawa lagu tu sbb guna minus one dalam album Mawi krn key nya agak tinggi & Nazrey pun x pernah guna minus one tu. Dalam acara tu pun kami diberitahu bahawa Nazrey pun x pernah bersemuka dengan Mawi. Tu ler first time dia jumpa secara live. Macam2 ler...

Setelah persembahan tu, kami pun nk balik. Masa taklimat tadi kami juga turut dimaklumkan bawa Candy sahaja student kat situ yang non muslim. Kebetulan Nazrey org Sabah, Nazrey pun tanya Candy Sabah di mana, x sangka rupa-rupanya Candy adalah dari suku yang sama dengan Nazrey. Apa lagi, diorang pun bersembang bahasa Dusun, suka giler Candy sbb mungkin dia x sangka dapat berbahasa Dusun dengan Nazrey dlm asrama AF.

Bagi aku pengalaman tersebut antara susah nak dapat. We'll tq 4 my bos sbb bg kebenaran utk aku tampil dalam Diari AF5. May Allah bless u and his team.

No comments:

MY FAMILI

MY FAMILI
Hari Raya Pertama 2006

AHLAN WASAHLAN DAN SELAMAT DATANG

Terima kasih kepada anda yang sudi melawat blog Muhd Jimmy. Di sini anda boleh mengetahui perkembangan semasa saya sama ada berkenaan karier atau kehidupan. Adapun setiap rentetan kehidupan banyak asam garamnya. Sebuah kehidupan adalah ibarat sejenis masakan yang perlu dibubuh gula manis, garam untuk masin, cuka untuk masam dan sebagainya. Lengkapnya perasa-perasa begitu akan melazatkan sejenis masakan. Oleh itu, saya amat menghargai kehadiran anda ke blog saya. Yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sebagai sempadan. Semoga silaturrahim dan ukhuwah antara kita akan sentiasa dirahmati dan diredhaiNya. Amin.