Tuesday, December 9, 2008

NOW @ LABUAN

Setelah melaporkan diri dan mendengar taklimat selama 3 hari di Putrajaya, arahan penempatan dikeluarkan utk aku ditempatkan di bawah Wilayah Persekutuan. Setelah 2 minggu kat sana arahan penempatan dikeluarkan lagi yang menempatkan aku di Labuan, ini kerana Labuan juga adalah di bawah pentadbiran Wilayah Persekutuan.

Well.. life kat sana kira ok gak, maklum ler.. tempat baru.. ni kira 1st time aku datang ke Kepulauan Borneo. Kat sana memang kurang kawasan menarik untuk dilawati tapi duk kat sana rilek sikit. Tambahan lagi Labuan adalah pulau bebas cukai. Untuk menggelakkan keboringan yang amat sangat, pandai2 ler cari aktiviti lain. Mcm aktiviti rutin aku kat sana, habis keje jer terus gi gym yg memang disediakan di bangunan tempat aku bertugas. Main lak dengan bos, pengawal keselamatan & driver, so far ia mengeratkan hubungan sillaturahim bersama.

Oleh kerana Labuan ni adalah sebuah pulau, so makanan seafood murah berbanding di tanah besar. Lobster tu jual tepi jalan je kat sebelah gerai goreng pisang. Tapi makanan lain mahal skit.. nasi goreng biasa jer RM4.00.

Anyway pengalaman kat tempat org tu yg aku nk sgt. Byk benda yg setakat ni aku dah kongsi dgn staf aku yg kebanyakkan nya org Sabah. Insya Allah klu x de arah melintang aku akan ke Kota Kinabalu pulak utk penerokaan aku ke negeri kedua terakhir di Malaysia yg aku telah lawat. Tungguuuuuu................

1 comment:

Anonymous said...

alah tuan...kat KL pn nasik goreng bese harga RM4 :D

MY FAMILI

MY FAMILI
Hari Raya Pertama 2006

AHLAN WASAHLAN DAN SELAMAT DATANG

Terima kasih kepada anda yang sudi melawat blog Muhd Jimmy. Di sini anda boleh mengetahui perkembangan semasa saya sama ada berkenaan karier atau kehidupan. Adapun setiap rentetan kehidupan banyak asam garamnya. Sebuah kehidupan adalah ibarat sejenis masakan yang perlu dibubuh gula manis, garam untuk masin, cuka untuk masam dan sebagainya. Lengkapnya perasa-perasa begitu akan melazatkan sejenis masakan. Oleh itu, saya amat menghargai kehadiran anda ke blog saya. Yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sebagai sempadan. Semoga silaturrahim dan ukhuwah antara kita akan sentiasa dirahmati dan diredhaiNya. Amin.